Bagaimana untuk mulakan?
11- Proses Pembelian
Klik sahaja butang Add Cart yg ada di setiap page details bagi setiap produk. Secara automatik, ia akan dipamerkan di bahagian Shopping Cart anda beserta dengan jumlah besar pembelian tersebut.
Apabila selesai pemilihan produk yang ingin dibeli, anda perlu pergi ke bahagian Checkout untuk proses seterusnya. (di bahagian atas kanan menu)

Untuk pertama kali, anda dikehendaki untuk memasukkan username dan kata laluan. Jika tiada, anda perlu mendaftarkan diri dahulu dengan klik butang Continue.
Anda tidak perlu mendaftar lagi untuk stor online yang lain, hanya guna username dan password yang ada untuk log masuk ke semua stor online yang mendaftar di Lot.my

Lengkapkan maklumat bagi setiap ruangan yang penting (yang bertanda *). Anda akan dibawa ke bahagian Shopping Cart anda dan klik Checkout.

Di bahagian ini, anda akan lihat alamat yang digunakan ketika pendaftaran dahulu untuk penghantaran produk. Jika anda ingin menggunakan alamat yang lain, sila klik Change Address.
Jika ingin menukar alamat, isi kan maklumat yang diperlukan. Bahagian ini dinamakan sebagai Address Book anda.
Apabila selesai, klik Continue dan anda di bawa ke proses sebelumnya.

Jika anda perhatikan, terdapat maklumat tentang Shipping Method yang akan dicaj untuk penghantaran seperti Flat Rate, Free Shipping, Per Item atau lain-lain. Anda boleh pilih yang mana sesuai.
Klik Continue dan anda akan pergi ke proses seterusnya iaitu Payment Method.
Seperti Shipping Method, anda boleh memilih sama ada ingin mengunakan kaedah pembayaran yang ada.

Seterusnya anda perlu membuat order confirmation yang dibuat dengan melihat draf invoice yang dipaparkan. Jika ada sebarang kesilapan, anda boleh mengubahnya di sini. Proses sebelum ini akan diulang sehingga anda berpuas hati dengan order tersebut.
Jika anda mempunyai kupon diskaun yang berkaitan dengan stor online tersebut, anda boleh memasukkan kopun ID dan klik Update.

Jika tiada sebarang kesilapan lagi, klik Confirm Order.

Pesanan anda telah diproses. Anda boleh memantau pesanan tersebut dengan mengikut arahan seperti tertera di bawah.