Testimonials

What they’re saying about Lot.my

We're honored to receive such high marks form our customers and the media.

FROM MEDIA

Semudah 4 Langkah

"Sebagai contoh anda ingin menjual kasut, terus daftarkan nama 'kasut' dan secara automatik pengguna akan terus mendapat pautan www.kasut.lot.my. Pelanggan yang melayari laman web itu juga tidak akan keliru kerana semua ‘kedai’ yang terdapat dalam Lot.my di susun mengikut kategori barangan yang dijual. Lot.my turut menyediakan pelbagai tema kepada usahawan untuk memudahkan mereka menukar paparan kedai mereka dengan mudah. Malah setiap modul juga boleh disusun dan dipaparkan mengikut citarasa pemilik kedai."

Mingguan mStar – 2 January 2011
 

Pasarkan Ratusan Produk di Internet

"Portal e-dagang Lot.my bermatlamat membantu usahawan tempatan menceburi perniagaan di Internet. Peniaga boleh memasarkan ratusan produk mereka ke seluruh dunia melalui Internet."

Utusan Malaysia - 23 November 2010
 

Semudah Facebook

"Malahan, belacan pun ada dijual di Lot.my. Ini kerana walaupun peniaga-peniaga dari Malaysia, tetapi pasaran Lot.my luas ke seluruh dunia. Sesiapa saja boleh berniaga di www.lot.my. Memang cepat, kurang dari 5 minit. Kalau boleh buka Facebook, pasti boleh buka kedai di Lot.my."

Agenda Awani, Astro Awani - 18 November 2010
 

Tak Perlu Pengetahuan Teknikal

"Lot.my memberi peluang kepada usahawan baru berkecimpung dengan perniagaan secara atas talian. Malah para pekerja sector awam atau swasta juga boleh membina kedai mereka sendiri menggunakan sistem Lot.my untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Para pengguna tidak perlu risau tentang kos operasi dan pengetahuan teknikal kerana platform Lot.my adalah percuma dan mudah digunakan. Pengguna hanya perlu mendaftar domain kedai mereka, menambah produk di kedai serta melakukan promosi kedai."

Utusan Malaysia – 7 Oktober 2010
 

Sistematik dan Kos Efektif

"Satu laman web yang membolehkan usahawan mendedahkan diri kepada dunia perniagaan online secara sistematik dan kos efektif"

Utusan Malaysia - 9 April 2010
 

No Cost, No Technical Know-how

"Lot.my allows people with no technical know-how, to set up an online shop at no cost. The Web-based application allows users to select a design for their storefront, upload their product pictures and get payment through a provided mechanism. The application also helps users track customers and allows them to check what sells on their store. Lot.my is fast gaining interest"

News Straits Times - 19 April 2010
 

Tidak Rumit

"Merupakan sebuah laman web perniagaan yang menyediakan ruang kepada pendaftarnya untuk membuka akaun bagi menjual produk masing-masing. Tidak melibatkan proses perniagaan yang rumit selain boleh menawarkan harga barang yang murah kepada pembeli kerana beberapa kos dapat dielakkan"

Mingguan Malaysia - 17 April 2010
 

Mengubah Pemikiran Masyarakat

"Lot.my adalah satu aplikasi bagi bakal usahawan dan golongan peniaga untuk menjual produk secara terus kepada pelanggan. Dalam masa yang sama, membantu kerajaan membantu sektor e-dagang, sekali gus mengubah pemikiran masyarakat terhadap kebergantungan kepada sektor kerajaan seperti Tekun Nasional, Mara dan institusi kewangan yang lain"

Berita RTM1 - 1 May 2010
 

Satu Penyelesaian

"Lot.my adalah satu penyelesaian bagi mereka yang minat berniaga. Ditubuhkan untuk meluaskan peluang perniagaan secara dalam talian untuk semua rakyat Malaysia"

Utusan Malaysia - 21 April 2010
 

Very Systematic Order and Payment

"As the order and payment mechanism used in Lot.my is very systematic, clients are confident to purchase. They can track the status of their purchase right up to delivery"

News Straits Times - 19 April 2010
 

Menambah Pendapatan Keluarga

"Boleh manfaatkan kepandaian kita dalam teknologi dan IT untuk menambah pendapatan keluarga"

Nasi Lemak Kopi O, TV9 - 2 May 2010
 

AWARDS

FROM CLIENTS

By far the best software

"I have search around and this is by far the best software that I came across I different most of the free software and its just crap. I dont mind if i need to pay to upgrade to have more features."

Kat Sani
 

Tak sabar tunggu account premium

"Saya pun suka, baru je siapkan 70% web guna lot.my. Sebelum ini dah ada yang lain, tapi tak friendly, sekarang sedang slowly pindahkan ke lot.my pula, tak sabar tunggu account premium."

Syamila Mohd
 

Peluang menceburi e-commerce

"Saya seorang penuntut IPTA di Lembah Klang. Terima kasih Lot.my beri peluang untuk saya menjinakkan diri dalam perniagaan berasaskan e-commerce."

Naim Mohd - pusatjualan.lot.my
 

Sekali tengok terus sign up

"Lot.my sangat user-friendly! Sekali tengok terus sign up. Syabas!"

Nik Ha - clothdnz.lot.my
 

Aplikasi bijak dan menarik

"Terima kasih kerana mencipta aplikasi yang sangat bijak dan menarik!"

Muzammil - sitikhadijah.lot.my
 

Memang Mudah

"Memang memudahkan sesiapa sahaja untuk memulakan bisnes online"

Lavida Collections - babynkidsonlinestore.lot.my
 

A Breakthrough!

"Baru semalam mendengar Lot.my melalui siaran Bernama Radio. Balik rumah saya pun try. Ianya mudah dan <15 minit saya dah dapat up kan store saya. Berbanding dengan shopping cart spt osCommerce, Zen Cart dan CubeCart yang saya guna sebelum ini, saya dapati Lot.my amatlah memudahkan dan tidak perlu edit code php dsb. Ini adalah satu breakthrough dan juga yang membanggakan ialah Lot.my merupakan hasil usaha anak-anak Malaysia sendiri! So, keep it up guys!"

Haris Awang - oilofsyifaa.lot.my
 

Sales kasar cecah RM5000

"Baru sebulan guna web sistem dari lot.my, sales kasar cecah RM5k."

Norizam Shah - dropshipmy.lot.my